CONTACT INFO
  • JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
    MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA ,
    JALAN YONG SHOOK LIN,
    46675 PETALING JAYA, Selangor Darul Ehsan.
  • Telefon: 03-7839 2400
  • Faksimile: 03-7839 2401
  • e-Mel: aduan@mbpj.gov.my
Log Masuk Sistem
GIS
  12-12-2024    4762 kali

Pengenalan Aplikasi Smart Development Control - SmartDev

KM merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merujuk kepada Kebenaran Merancang. Pihak MBPJ telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu Aplikasi yang dikenali sebagai Smart Development  (Smart Dev). Aplikasi Sistem Smart Dev merupakan sistem bantuan komputer yang dapat digunakan sebagai alat pengurusan dan perancangan, pengawalan dan pemantauan pembangunan supaya boleh menghasilkan bandaraya yang dinamik dan lestari. Pembangunan Aplikasi yang berasaskan web enable dan GIS ini adalah sejajar dengan kehendak dan keperluan semasa.

Proses pemantauan ini dilakukan terhadap permohonan Kebenaran Merancang secara lebih interaktif dan mesra pengguna.  Data yang terdapat dalam sistem ini dapat membantu pihak MBPJ untuk merancang pembangunan pada masa akan datang dengan lebih mampan dan berdaya saing.

Sistem ini akan memaparkan maklumat spatial dan non-spatial dalam bentuk aplikasi yang interaktif. Smart Dev yang dibangunakan ini bersifat mesra pengguna di mana pengguna yang tidak mahir dalam penggunaan perisian GIS seperti MapInfo Professional, ArcInfo, Arcview dan sebagainya boleh membuat rujukan, carian, analisa, mencetak dan seumpamanya. Dengan adanya eKM ini membolehkan orang awam, sektor swasta mendapat maklumat dengan mudah sesuai dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan e-government yang secara langsung dapat menjimatkan masa, tenaga, kertas (paperless) dan seumpamanya. 

Dengan adanya Smart Dev ini juga boleh membantu pihak Majlis MBPJ untuk mencapai segala visi, matlamat dan objektif dengan menggunakan teknologi ICT.