Aplikasi Sistem Smart Development Control System (Smart Dev) MBPJ merupakan inovasi Jabatan Perancang di dalam mengawal, mengurus dan merancang pembangunan yang terdapat dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Pembangunan Aplikasi Smart Dev yang berasaskan web enable di integrasikan dengan sistem bayaran, Mobile App dan GIS ini mampu untuk mengurus permohonan KM dalam masa yang ditetapkan dalam piagam pelanggan. Sejajar dengan kehendak dan keperluan semasa maklumat boleh diperoloehi dengan pantas dan mudah.
Pembangunan Aplikasi Sistem Smart Dev ini akan memaparkan maklumat spatial dan non-spatial dalam bentuk aplikasi yang interaktif. Sistem ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam pembangunan yang lebih mampan dan 'resiliance' dengan menyokong 'Green Building Program' dan 'Low Carbon City'. Seterusnya dapat menjadikan Majlis Bandaraya sebagai sebuah SmartCity yang unggul di Malaysia khususnya dan juga rantau asia amnya.